Tuesday 28 February 2012

RESIPI ~ SPAGHETTI DAGING

ASSALAMUALAIKUM...hi uols....dh lame xupdate psl resipi kn..(mcm la MZP dh byk update resipi sblm ni kn)...MZP sukeeeee sgt mkn spaghetti tp yg ade daging la...cdp tau...bez sgt2...MZP blajar buat spghetti ni dgn auntie MZP...bese la kn....die duk kat dpur, MZP pon sbuk le nk menengok die msk ape...ok..jom kte mula memasak....yeehaa...

BAHAN-BAHAN

1/2 paket spaghetti (x kisah jenama ape pon)
1/2 tin sos spaghetti (pon x kisah jenama ape)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
1/2 paket daging kisar (jenama ape pon blh)
saderi dan lobak (bajet sendiri ye nk byk mana)
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa
sedikit serbuk lada hitam
minyak masak untuk menumis


CARA-CARA 

  1. Rebus spaghetti sehingga lembut, kemudian toskan.
  2. Masukkan minyak kedalam kuali,kemudian masukkan bawang besar & bawang putih
  3. Tumis sehinnga kekuningan.
  4. Masukkan daging cincang td kemudian masak sehingga daging tersebuat separuh masak.
  5. Masukkan sos spaghetti, biarkan sos seketika di dalam kuali.
  6. Masukkan saderi & lobak
  7. Masukkan garam, gula, serbuk perasa & serbuk lada hitam
  8. Bila dh agak2 masak tu..blh la hidangkan bersama mee spaghetti. Nak taburkan sedikit daun sup pon blh...

aishhh...dh meleleh air liuq MZP..lapo ni..nk gi msk dulu la..ekekeke..bye uolz...

**SELAMAT MENCUBA**



Saturday 18 February 2012

ULASAN NOVEL - RINDU CINTAKU

ASSALAMUALAIKUM uolz...semoga sht2 semua yer...kalo rase x berapa siht tu....jgn segan2 jupe doc...doc x mrh pon kte slalu bertandang ke klinik mereka...malah mereka hepy tau..nk tau sbb ape???sbb mereka akn dpt duit...(klinik swasta)...hahahha.eh...ape MZP melalut nih..udah2....ekceli..MZP nk sharing maring caring pasl 1 novel ni....RINDU CINTAKU...novel ni kesinambungan daripda OMBAK RINDU & CINTA...TIADA AKHIRNYA...



TAJUK
Rindu Cintaku

TERBITAN
Intens Idea International Sdn.Bhd

MUKA SURAT
634++

NOVELIS
Fauziah Ashari

HARGA
RM 23.90 (Sem. Malaysia)
RM 26.40 (Sabah/Sarawak)

SINOPSIS
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau.... Nyawa?

KOMEN MZP
Dulu MZP minat sgt cter novel rindu tau...pastu tetibe ada lak novel nih..MZP pon ape lagi..beli le...tp kn...sedikit kekecewaan la yg MZP alami tp xde la smpai kne jumpe doc..bg MZP novel ni x menarik sgt...
mgkin novelis dh kehabisan idea untuk menghidupkan lagi wtak nih
tersgt la terseksa nk menghabiskn cter nih...hahahha...ish..xtau la nk komen pe..pape pon xslh kte mmbaca kn..menambhkn pengetahuan...MZP bg 2.5 bintag daripda 5 bintang....

**CINTA INI TAK AKAN HAKIS, CUMA KEALPAAN YANG MENGGURIS**


ULASAN NOVEL - BUKAN TERLARANG

ASSALAMUALAIKUM uolz....hope semua happy2 yer....don't sedih2...kali ni MZP nk sharing maring pasal 1 novel ni tau....tajuk die BUKAN TERLARANG..agak2 korang buku ni bez x....hurrmm...pape pon jum kte skodeng novel ni  dulu...





TAJUK
Bukan Terlarang

TERBITAN
Tintarona Publications Sdn.Bhd

MUKA SURAT
883++

HARGA
RM 35.00

NOVELIS
Nur Hazma

SINOPSIS
Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya
Sesungguhnya, Maisara mencintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorang sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanya untuk Tina.
kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sebagai seorang menantu. Namun Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu nertahab, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiran. Dia mahukan keadilan untuk dirinya dan maruahnya sebagai wanita.
Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran.

KOMEN MPZ
Novel ni kwn baik MZP yg punyer..time nk cuti sem baru ni MZP borrow la kan nk bwk balik kg..nnt ble boring kat kg MZP bace la novel nih....kwn MZP ckp novel ni sdp..eh..sdp???mcm blh mkn plak kn...hahaha....ok..smbung, dh la mahal wooo....tp xpe..bkn duit MZP..ahakz....
so...komen MZP psl novel ni kn....huurmm...xla bez sgt...huhuhu..jgn mrh ye..novelis terlalu banyak mengulangi ayat yg sama...so ble bace pon persaan jd mcm dh boring sbb terlalu byk perkara yg sepatutnya xperlu diulang tp novelis ni ulang..smpai kadang2 2 muka surat bnda yg same nk kne bace....aiyokk..pnt lor...watak dlm novel ni xde la menonjol dr segi personaliti mahupun dr segi keadaan hidup..maksudnya...Maisara n Imran bukan la anak Dato' ke..anak Tan Sri ke..namu mereka hanya lah org kebanyakkan n mereka bekerja di KL.....
Jalan cerita x terlalu menarik..bese2 je...kih..kih..kih...cukuplah sekadar mengisi masa lpg MZP n menambah ilmu pengetahuan...
Takat ni dulu la komen MZP psl novel ni ye..xnk komen lebh2...MZP bkn juri....hahahaha....

"cinta bukanlah suatu cagaran!"


Tuesday 14 February 2012

ULASAN NOVEL M.A.I.D

ASSALAMUALAIKUM...hai uolz.....uatpe tuh....arini MZP nk update psl satu novel ni tau...perghhh..bez kot novel nih..nak tau novel ape..jum kite skodeng...ekekeke




TAJUK
M.A.I.D

HARGA

Semenanjung: RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00

KELUARAN
Kaki Novel

SINOPSIS
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


komen MZP ttg novelMAID ni kn...sgt bez tau....asyik gelak sensorg je smbil bace novel ni..pape pon still ade part2 yg sedih la...part sedih x kn nk gelak kn..so ngis la....wooaaa....kalu uolz nk tau lbh lanjut..jgn lupe dptkn novel ni tau.....